Price adjustments effective 24th March 2026. Please see service page for new pricing. 2026 年 3 月 24 日より価格改定を実施させていただきたく存じます。新しい価格についてはサービスページをご覧ください。
Perubatan herba di Mi Healing dipreskripsikan berdasarkan keadaan kesihatan individu. Oleh itu, preskripsi bagi setiap pesakit adalah berbeza. Setiap formula herba biasanya terdiri daripada gabungan produk tumbuhan, galian dan mungkin terdapat juga deravatif haiwan - jika pesakit enggan menerima perubatan herba yang mengandungi deravatif haiwan, sila beritahu pengamal. Begitu juga jika pesakit mempunyai sebarang alergi/alahan.
Kami hanya menggunakan perubatan herba yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami tidak menggunakan perubtan herba yang terbukti membahayakan kesihatan atau perubatan herba yang berasal dari spesies terancam.
Konsultasi KOMPREHENSIF*: Selama 30 minit, RM 50 (Mulai 24 Mac 2026, harga ini akan dikemas kini kepada RM 60) (perubatan herba akan dikenakan bayaran berasingan)
*Bagi pesakit yang menerima rawatan untuk pertama kali, atau pesakit yang tidak mengunjungi pusat untuk tempoh melebihi 6 bulan yang lepas.
Konsultasi SUSULAN: Selama 20 minit, RM 30 (perubatan herba akan dikenakan bayaran berasingan)
Pesakit diingatkan supaya membawa sebarang surat doktor atau laporan makmal/pengimejan yang berkenaan serta senarai ubat/suplemen.
*Mulai 24 Mac 2026, harga ini akan dikemas kini kepada RM 22/sehari
Dapatkan rebusan herba preskripsi individu tanpa bersusah-payah di dapur sendiri. Pihak Mi Healing akan membereskan kerja memasak herba mentah. Rebusan perubatan herba pesakit akan dibungkuskan dalam sachet individu yang mudah diguna dan dapat disimpan selama 6 minggu. Setiap sachet mengandungi satu dos rebusan herba. Tertakluk kepada keadaan kesihatan pesakit, pesakit akan dinasihati supaya minum dua atau tiga sachet setoap hari.
Rebusan herba boleh dikutip dari pusat kami (biasanya pada hari perniagaan berikut), atau penghantaran dapat dijadualkan (perkhidmatan penghantaran akan dikenakan bayaran berasingan).
*Mulai 24 Mac 2026, harga ini akan dikemas kini kepada RM 20/sehari
Herba butiran merupakan pilihan yang senang. Ia tidak perlu dimasak. Herba butiran boleh:
Ditelan terus dengan air suam;
Diminum menggunakan Beg Oblaat
dilarutkan di dalam setengah gelas air panas, kemudian diminum semasa suam.
Butiran herba dibungkus dalam sachet individu. Setiap sachet mengandungi satu dos. Tertakluk kepada keadaan kesihatan pesakit, pesakit akan dinasihati supaya minum dua atau tiga sachet setiap hari.
Herba butiran dapat dikutip dari pusat kami pada hari yang sama dengan konsultasi.
Berdasarkan keadaan kesihatan pesakit, kami mungkin mengesyorkan perubatan herba tambahan seperti sup, teh, mandian, cucian atau krim herba.
Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran LALAMOVE untuk pesanan yang diterima dari kawasan Lembah Klang dan perkhidmatan DHL untuk pesanan dari tempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia. Caj penghantaran bergantung kepada berat bungkusan dan lokasi penghantaran.