Mi Healing diasaskan oleh Dr Amy Tan dengan matlamat memberikan rawatan perubatan tradisional Cina yang berkualiti kepada masyarakat. Beliau percaya bahawa perubatan tradisional Cina dapat diasimilasi dengan mudah dalam kehidupan seharian. Beliau juga yakin dapat mengaplikasikan pengetahuannya untuk membantu orang ramai mencapai tahap kesihatan diri yang lebih sempurna.

Perubatan tradisional Cina dapat membantu* menangani pelbagai keadaan kesihatan seperti :

*PERINGATAN: Perubatan tradisional Cina tidak harus dianggap sebagai rawatan tunggal bagi penyakit. Para pengamal kami di Mi Healing adalah terlatih dan berkelayakan tinggi. Jikalau keadaan  menyarankan, pengamal kami sedia bekerjasama dengan pakar perubatan pesakit masing-masing agar rawatan yang lebih komprehensif dan sempurna dapat diuruskan demi pemulihan pesakit.

Perubatan tradisional Cina bukan hanya bertujuan merawat penyakit, tetapi ia juga bertumpu kepada penjagaan kesihatan (samada dalam kehidupan seharian, atau sebelum/selepas permulaan penyakit). Sememangnya kita berhasrat untuk 'hidup dengan sihat', tetapi kadang-kadang timbul pula keadaan-keadaan yang tidak dijangkakan yang menghalang kita mengekalkan kesihatan yang optima. Di sinilah letaknya peranan perubatan tradisional Cina. Perubatan tradisional Cina dapat menolong memperbaiki fungsi fisiologi badan (dalam kata lain, 'memulihkan keharmonian Yin dan Yang dalam badan') melalui rawatan tradisional Cina seperti akupuktur dan perubatan herba.

Pusat rawatan baru kami mempunyai dua bilik rawatan akupunktur dan dispensari herba yang serba lengkap. Disebabkan kami mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pesakit, kami menggunakan jarum akupunktur buatan Jepun berjenama Seirin yang terkenal dengan kualiti terbaik. Herba mentah kami tidak mengandungi kesan sulfur atau ramuan tambahan, dan herba butiran kami dibekalkan oleh SunTen Pharmaceuticals, yang mempunyai pensijilan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), pensijilan dari Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (International Organization for Standardization, ISO) dan pensijilan Halal dari Pertubuhan Pembangunan Keutuhan Halal Taiwan (Taiwan Halal Integrity Development Association).

Kami mengalu-alukan semua ke pusat kami. Kelengkapan-kelengkapan yang disediakan di pusat kami, baik peralatan rawatan mahupun perabot serta hiasan, telah dipilih demi mencipta suasana penuh selesa justeru menggalakkan pemulihan. Juga sewaktu di pusat kami, jangan lupa meneguk secawan (atau dua) Healing Tea kami, ya!

Dr Amy Tan, PhD

Dr Amy merupakan pemilik dan Pengamal Perubatan Tradisional Cina  di Pusat Rawatan Mi Healing. Beliau pernah bekerja di Australia and Malaysia. Dr Amy ialah seorang ahli akademik dan penyelidik yang aktif, dan telah bekerjasama dengan pakar-pakar antarabangsa dari Cina, Jepun, Australia dan Malaysia. Beliau terlibat dalam penyelidikan klinikal dan makmal tentang perubatan herba Cina dan akupunktur untuk pelbagai penyakit. Beliau juga giat menyelidik dalam bidang pendidikan perubatan tradisional Cina. Beliau sentiasa mengemas kini pengetahuan klinikalnya dan mengaplikasikan hasil penyelidikan ke dalam amalan klinikalnya. 

Dr Amy ialah seorang Pengamal Perubatan Tradisional Cina yang berdaftar di Australia dan Malaysia. Beliau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Australia Health Practitioner Regulations Agency (AHPRA) dan Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Nasional Kementerian Kesihatan Malaysia (National Tradisional Complementary Medicine Policy, Health Ministry, Malaysia).  

Kelayakan:


Pengalaman Kerja:


Pengalaman Penyelidikan: