Akupunktur

Akupunktur merupakan sejenis rawatan di mana jarum halus ditusuk di bahagian tertentu badan untuk tujuan terapeutik dan kesejahteraan. Pesakit mungkin akan terasa sedikit kesakitan atau tiada langsung semasa jarum dimasukkan. Lazimnya rawatan ini sungguh menenangkan.

Di Mi Healing, setiap rawatan dirancang hanya setelah sejarah lengkap dan penilaian kesihatan pesakit dilakukan oleh pengama. Rawatan akupunktur boleh terdiri daripada satu atau gabungan beberapada teknik akupunktur - akupunktur badan, akupunktur telinga, akupunktur kulit kepala, elektro akupunktur, rawatan pembekaman, Gua Sha, rawatan bloodletting dan / atau moksibusi.

Untuk rawatan akupunktur, hanya jarum Seirin, buatan Jepun yang berkualiti terbaik, digunakan demi memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit kami.

Konsultasi KOMPREHENSIF*: Selama 90 minit, RM 180
*Bagi pesakit yang menerima rawatan akupunktur untuk kali pertama, atau pesakit yang tidak mengunjungi pusat untuk tempoh masa melebihi 6 bulan yang lepas.

Konsultasi SUSULAN:  Selama 60 minit, RM 150

Semasa rawatan, pesakit digalakkan memakai pakaian yang longgar dan selesa. Pesakit juga diingatkan supaya membawa sebarang surat doktor atau laporan makmal/pengimejan yang berkenaan serta senarai ubat/suplemen. 

Perubatan herba boleh dipreskripsikan sebagai tambahan pada rawatan akupunktur (perubatan herba akan dikenakan bayaran berasingan)