Teh-teh herba ‘Healing Tea’ di Mi Healing telah dirumus khas oleh Dr Amy bagi memudahkan orang ramai menggabungkan ubat-ubatan tradisional Cina dalam hidup seharian mereka. Justeru, kesihatan dapat dijaga dengan lebih berkesan.
Setiap pilihan teh herba ini berfungsi bertindak ke atas bahagian badan tertentu. Ia sesuai diminum setiap hari. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing samada meminumnya seperti teh biasa ataupun ingin menambahkan sesudu madu ke dalam teh! Walau apapun cara yang digunakan, ia sungguh enak dan harum.
Kesemua pilihan teh herba ‘Healing Tea’ dibungkus dalam uncang teh yang diperbuat daripada serat jagung yang terbiodegradasi. Setiap uncang teh mengandungi 100% herba tulin yang berasal daripada tanaman. Teh herba ‘Healing Tea’ tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna dan bahan kimia.
Arahan Membancuh :
Biarkan uncang teh dalam 200ml air mendidih (100°C) selama sekurang-kurangnya 5 minit. (Perhatian: Sukatan air dan masa memanaskan uncang teh dalam air mendidih boleh diselaraskan mengikut citarasa individu. Semakin lama uncang teh dibiarkan dalam air mendidih, semakin pekatlah rasa teh.)
Setiap uncang teh boleh dibancuh semula sekurang-kurangnya 2-3 kali. Oleh itu, lazimnya anda tidak perlu menggunakan lebih daripada satu atau dua uncang teh sehari.
Sekiranya anda suka membiarkan uncang teh terendam dalam air mendidih, anda boleh menggunakan teko yang muatannya sehingga 1L untuk 1 uncang teh.
Di Mi Healing, kami sentiasa bersedia membancuh sebiji teko Healing Tea setiap hari. Nikmatilah rasa unik teh herba kami semasa kunjungan anda!
Teh herba 'Healing Tea' dapat dibeli:
Terus dari Pusat Rawatan Mi Healing di Oasis Square;
Melalui panggilan telefon/pesanan Whatsapp (untuk dikutip dari pusat kami atau melalui perkhidmatan penghantaran).